Jumaat, 12 Jun 2009

TERPENDAM....

TERPENDAM…….

Menghitung hari

Aku mengira detik waktu masa dan hari2 yang aku lalui..

Aku sendirian.. duduk termenung melihatkan ragam menusia

Aku tidak keseorangan namun di sisiku ada Tuhan yang maha mengetahui akan segala sesuatu..

Aku punyai hasrat impian dan segala cita2 yang ku impikan selama ini.

Namun hasrat itu ku pendam kan dalam sanubariku ini..

Tidak mampu untuk aku luahan hati ini.

Hati di dalam Tuhan yang ketahui

Apa daya aku terserah kepada suratan dan takdir nya.

Termenung di kejauhan..

Beradu setiap malam tanpa bintang dan bulan bersinar

Sepi seketika namun ku pendam segalanya di lubuk hati kecilku..

Perlukah aku melaungkan .. perlukah aku memberontak

Dalam perasaan merana diri ..

Aku pekakkan telinga ku.

Aku tak harus terpedaya dengan semua tipu helah kehidupan ini.

Ku harus tabah dan sabar menghadapi..

Hari-hari meniti kehidupan ini

Bagaikan terhiris hempedu menyakitkan diri..

Namun aku kuatkan diri..

Bersabar di atas akan segala yang terjadi.

Aku menerima erti kata hakikat dan takdir dari Yang Maha esa..

Namun aku punyai hati dan perasaan..

Haruskah perasaan hati dan jiwa ku ini di lukai..

Malam… silih berganti …

Siang terang nya mentari..

Berdirinya aku masih cekal hadapi segalanya ..

Merentasi onak dan duri..

Melayari bahtera kehidupan ini..

Bebas….

Ku ingin berlari mengejar mimpi..

Mimpi yang membelengui perasaan selama ini.

Satu hari akan ku temui..

Engkau wujudkan lh diri di depan mata Si Permaisuri…

Buktikan lah …

Apa yang taburi janji selama ini.

Berharapkan kasih dan sayang tidak di musnahkan

Segala harapan dan impian .

Terpendam terpahat di dalam ingatan..

Nukilan : aima batrisya.. jam : 1.10 min petang hari : Sabtu

1 ulasan: